MENGAPA PERLU TAKAFUL
by : Bassri Adam
Takaful merupakan perancangan kewangan berasaskan kepada persaudaraan rasa saling tanggungjawab dan saling berkerjasama dikalangan peserta . Falsafah takaful menekankan kepada keikhlasan dan dibawah konsep ini para peserta memberi sumbangan kewangan berdasarkan kepada “tabarru” yang mana para peserta bersetuju agar sumbangan yang diberikan digunakan untuk membantu para peserta di kala berlaku musibah kewangan (kematian/kemalangan/perubatan) didalam pelan takaful yang disertainya. Prinsip saling berkerjasama atau tolong menolong antara satu sama lain sangat digalakan seperti firman Allah S.W.T. “ tolong –menolonglah kamu dalam perkara kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam perkara yang menimbulkan permusuhan “ (surah Al-Maidah ;2)
Kita juga sangat dituntut untuk menjamin dan menjaga keselamatan keluarga kita dari apa jua bentuk musibah seperti kerosakan harta benda , kos perubatan dan kehilangan punca kewangan.
Sabda Rasullah S.A.W. Maksudnya “ Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keamanan (keselamatan dan perlindungan) terhadap harta dan jiwa raga manusia “ (Riwayat Ibnu Majah)
Kita mesti memberi penekanan terhadap perancangan dalam hidup, sentiasa bermuhasabah atas amalan yang telah dilakukan dan sekiranya mati, adakah amalan tersebut dapat membantu kita kelak. Berfikir hingga ke persoalan harta pusaka yang bakal ditinggalkan yang semasa hidup semua kebajikan waris kita jaga seperti makan minum ,pakaian ,persekolahan dan lain lain dengan sempurna . Kita juga harus merancang kebajikan waris, jika kita meninggal sekarang, apatah lagi semasa anak anak masih bergantung pada kita. Kebajikan mereka harus terus terjamin.
Mempunyai simpanan diinstitusi kewangan yang banyak belum mencukupi sebagai persediaan jika musibah berlaku pada ketua keluarga.Bagaimana perancangan pembahgian dan cara dibahagian itu juga sangat penting disediakan,agar harta pusaka itu dapat segera dibahagikan. Disini lah kita perlu memikirkan tentangan skim takaful, kerana dengan menyumbang sedikit caruman kita sudah menyediakan tabung kewangan yang lebih kurang 95% dari apa yang kita sumbang.
Contoh , peserta berumur 30 tahun,menyumbang Rm100 sebulan, kita sudah membentuk tabung kewangan takaful, jika musibah berlaku (kematian atau hilang upaya kekal) bantuan takaful yang diberi lebih kurang Rm70,000.00.akan diberi kepada waris tersebut dengan segera. Bagaimanakah sumbangan Rm100 boleh membentuk tabung Rm70,000.00 . Inilah kerana kerjasama saling membantu antara para peserta yang ramai menyertai skim takaful tadi. Jika kita hendak membentuk tabung musibah sendirian sebanyak Rm70,000.00 akan memakan masa yang sangat lama dan mungkin tidak kesampaian kerana dalam perjalanan hidup itu mungkin ditimpa musibah pula. Oleh yang demikian setiap ketua keluarga terutamanya mesti memiliki skim takaful keluarga sebagai alat perlindungan kehilangan pendapatan .
Setiap ketua keluarga bekerja dan mendapat pendapatan, contoh Rm2000 sebulan. Dia membelanjakan pendapatannya itu untuk dirinya,dan terutama untuk keluarganya seperti makanan-minum,bill letrik,air,talipon,sewa rumah,persekolahan anak,pakaian anak anak,kenderaan dan lain lain. Ini dipanggil tangungjawab ketua keluarga terhadap keluarganya. Tetapi kita mesti ingat bahawa kita bekerja dan dapat pendapatan sebab dikurnia kesihatan oleh Allah dan kita tidak boleh menafikan kesihatan kita tidak terjamin. Kita terdedah kepada pelbagai risiko terutamanya hilang upaya atau meninggal dunia awal dikala keluarga masih bergantung pada kita. Jika musibah ini berlaku maka kita akan hilang daya untuk bekerja dan hilang punca pendapatan.
Cuba bayangkan bertapa kesusahan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh waris yang ditinggalkan. Dengan memperuntukan sedikit budgetnya setiap bulan atau tahun, dia sudah dapat membentuk tabung gantian kehilangan pendapatan segera jika berlaku musibah tadi. Masalah berapa banyak tabung pengantian pendapatan yang perlu dibentuk , bergantung kepada berapa banyak pendapatan yang diperolehi dan berapa tahun pendapat perlu dibentuk jika musibah berlaku. Saya pasti konsultant konsultant takaful yang profesyenal boleh membantu memberi khidmat nasihat kepada masyarakat .
SABDA RASULLAH S.A.W. yang bermaksud...”Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada mereka meminta-minta.(Riwayat Bukhari).
TAKAFUL SEBAGAI ALAT MELUNASKAN HUTANG
Takaful juga boleh digunakan sebagai alat melunaskan hutang piutang . Hutang adalah penyebab hidup sengara sama ada di dunia apatah lagi di akhirat. Rasullah s.a.w sendiri menyatakan bahawa orang yang mati syahid tidak akan masuk syurga sekiranya semasa hidupnya ada berhutang dan hutangnya tidak sempat di jelaskan.
‘” Jiwa seorang mukmin itu disangkutkan dengan hutangnya sehingga hutangnya dilunaskan” Riwayat Ahmad ,Ibnu Hajar dan Tarmizi)
Merancang pusaka bukan hanya pada orang yang berharta , tetapi penting juga pada orang yang berhutang, kerana apabila seseorang itu mati hutang juga merupakan harta pusakanya yang perlu dijelas oleh warisnya. Dalam kehidupan kita hari ini, sukar sekali kita untuk menghindar dari berhutang. Hutang beli rumah,kereta,komputer,pinjaman pelajaran dan lain lain.
Oleh yang demikian adalah dicadangkan kita mengambil plan takaful sebagai persediaan. Contoh; sekiranya anda ada hutang pada seseorang Rm100,000.00, atau mana mana institusi , adalah dicadangkan mengambil plan polisi takaful Rm100,000.00. dan pesan kepada isteri anda, jika berlaku kematian dikala anda belum sempat melunaskan kesemua hutang, maka isteri anda boleh lah gunakan wang takaful tadi untuk melunaskan hutang tersebut. Jika ada baki setelah tolak hutang bolehlah dibahagikan mengikut faraid atau hibah jika dihibahkan.
TAKAFUL SEBAGAI ALAT PERANCANGAN PUSAKA “HIBAH”
Kita sangat dituntut untuk meningkatkan taraf kehidupan agar kita dapat mengadakan segala keperluan untuk diri kita dan keluarga kita dan juga keperluan masyarakat. Jika kita berupaya menguruskan dan meningkatkan kekayaan kita , kita dapat berzakat setiap tahun. Zakat adalah dituntut dalam islam , sebagai satu cara kita membantu umah yang lain disamping sebagai satu cara membersihkan harta kita. Namun jika kita mempunyai harta yang banyak dan terlalai bagaimana pengurusan harta juga akan mengakibatkan harta termasuk wang tunai,saham-saham dan lain lain tidak dapat dimanafaatkan dengan mudah , malahan waris-waris terpaksa menunggu begitu lama , ada yang bertahun-tahun untuk mendapatkan bahagiannya terhadap harta pusaka tersebut. Dalam perancangan membina kejayaan hidup kita ,kita akan melalui proses proses berikut: MENGUMPULKAN KEKAYAAN—MENGURUS KEKAYAAN—MEWARISKAN KEKAYAAN (PEWARISAN) .
Bermula dengan MENGUMPULKAN KEKAYAAN terutama waktu mula mula bekerja dengan cara menyimpan wang tunai atau memiliki hartanah sedikit demi sedikit , kemudian bijak MENGURUS KEKAYAAN tersebut supaya ianya bertambah/meningkat dari asalnya . Alhamdulilah ramai umat islam hari ini sudah meningkat bilangannya dikategorikan kalangan berada. Namun langkah seterusnya, diwaktu itu kebiasaanya kita sudah dalam lingkungan berumur 50an ,dimana dikira umur-umur bonus yang dikurnia Allah untuk meneruskan kehidupan. Di kala ini , selain ibadah kepada Allah perlu kita memikirkan perkara yang sangat penting iaitu rancangan MEWARISKAN KEKAYAAN(PEWARISAN) kita , iaitu kepada siapa kah kita hendak pewariskan harta kita dan secepat mana dapat diwariskan , terutama WANG TUNAI .
Kita semua tahu dengan tunai banyak masalah dapat diringankan, dengan wang tunai bil letrik, bil air, bil telepon,sewa rumah,bayar kereta,persekolahan anak anak, meneruskan perniagaan, tanpa tunai yang banyak masalah akan timbul. Kita tahu bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia semua harta-hartanya termasuk wang tunai dibank,ASB,tabung haji,saham-saham diBEKUkan ,tidak boleh pindah milik.(akta probet 1959) untuk beberapa lama , ada yang bertahun-tahun, sehingga 5 tahun mungkin lebih dari itu.
Selepas pembekuan, kebiasan orang kita mengambil mudah penyelasai harta pusaka iaitu melalui Hukum Faraid sahaja. Hukum faraid telah ditentukan penerimanya dan pembahagian nya. Hukum Faraid isteri mendapat 1/8 dari harta pusaka arwah suaminya. Contoh, dikala kematian suaminya , arwah suaminya meninggalkan wang tunai Rm1,000,000.00. setelah ditolak ,pengurusan jenazah,bayar hutang si mati,bahagian sepencarian,selesai wasiat jika ada, akan difaraidkan, dimana siisteri dapat 1/8 dari lebihan tadi.
Contoh bakinya ada Rm500,000.00 isteri itu akan dapat Rm62,500.00 sahaja, selebihnya duit itu ada hak orang lain, iaitu hak anak lelakinya,han anak perempuannya,bapa simati,emak simati. Jika dia tiada anak lelaki , bapa saudaranya berhak keatas harta itu. Jika balu itu mengambil semua duit itu, dia telah mengambil hak orang lain, kemungkinan juga harta anak yatim/makan harta anak yatim, walaupun harta anak dia sendiri. Memang sangat difahami si isteri itu memerlukan duit yang banyak kerana selalunya selepas kematian suaminya maka si isterilah yang terpaksa mengambil tanggungjawab untuk mengurus kewangan keluarga yang ditinggalkan. Mungkin juga kewangan diperlukan untuk meneruskan perniagaan keluarga yang telah dibina selama ini.
Bayangkan kalau ‘CASH-FLOW’ tiada selepas kematian si suami, bagaimana susah payahnya perniagaan hendak diteruskan. Mungkin juga berlakukan diantara adik-beradik hubungan tidak baik,membuatkan harta pusaka tadi tidak dapat dibahagikan dengan segera kepada yang sepatutnya . Mungkin juga anak-anaknya semuanya perempuan,dimana kita tahu mengikut faraid ,anak perempuan mendapat bahagian yang kurang dan bapa-bapa saudaranya pula berhak menuntut harta pusaka bapanya itu. Mungkin juga kita ada anak yang kurang upaya,dimana kita perlu memberi lebih kepadanya,sebagai persediaan masa depannya.
Disinilah peranan skim takaful boleh membantu meringankan masalah masalah yang akan dihadapi oleh keluarga yang ditinggalkan ,terutama isteri dan anak-anak ,setidak-tidaknya menyediakan TUNAI segera sementera menantikan harta harta lain dibahagikan mengikut bahagiannya, selalunya harta harta lain ini akan memakan masa yang lama dan proses yang rumit. Adalah disarankan supaya ketua keluarga tadi membentuk harta pusaka wang tunai melalui Skim Takaful dan HIBAH kan kepada isteri,anak-anak atau kepada sesiapa sahaja mengikut peratusan yang di kehendaki dan kemahuannya sendiri. Jika dia hendak menghibahkan kesemua harta pusaka TAKAFUL tadi kepada isterinya sahaja juga boleh dilaksanakan.
HIBAH bermaksud hadiah, iaitu memberi harta atau pun anda hadiahkan harta anda kepada sesiapa yang anda suka dengan syarat anda isytiharkan pemberian itu semasa anda masih hidup. Sebagai contoh, sekiranya tuan punyai sijil takaful bernilai Rm1,000,000.00 dan ingin memberikan faedah takafulnya kepada isterinya seratus peratus jika dia meninggal nanti, maka cara yang terbaik ialah dengan membuat Surat Pengisytiharan Hibah dan mesti didokumentasikan agar ia menjadi bukti yang sah dan kuat apabila berlaku kematian pada pemengang polisi , isterinya berhak menerima kesemua faedah takaful tadi berjumlah Rm1,000,000.00 tanpa perlu di faraidkan . Begitu juga , jika sibapa semasa hidupnya ingin mengambil Skim Takaful Rm1,000,000.00 dan Hibah kan kepada 4 orang anaknya,2 lelaki 2 perempuan mengikut peratusan yang dikehendakinya , mungkin 25 % setiap seorang , atau mungkin hendak memberikan 50 % kepada salah seorang anak nya yang kurang upaya sebagai persediaan masa depannya, juga boleh, terpulang kepada niat murninya tadi.
Dan yang paling penting ialah mengambil polisi Takaful dengan jumlah perlindungan Rm1,000,000.00 contoh pada umur 52 tahun, carumannya hanya lebih kurang 3 % peratus sahaja setiap tahun dari jumlah takaful Rm1,000,000.00 yang hendak disediakannya itu. Kelebihan yang utama dalam membentuk Hibah melalui takaful ialah apabila berlaku kematian, jumlah polisi takaful tadi Rm1,000,000.00 tidak dibekukan, maka waris akan dapat segera tunai untuk keluarga meneruskan kehidupan harian.
Pendapat ulama’ terhadap insurans konvensional
Pada 15 Jun 1972, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan bahawa insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans adalah suatu muamalat yang fasid (rosak/tidak sah).
Ianya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam khususnya dari segi akad kerana mengandungi unsur-unsur gharar(ketidakpastian), maisir(judi) dan riba’.[i]
Insurans VS Takaful
INSURANS
| TAKAFUL
|
• Tidak mematuhi hukum syarak
| • Pematuhan kepada hukum syarak
|
• Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad jual beli
| • Kontrak urusniaga berdasarkan akad tabarru’,mudharabah dan wakalah • |
• Banyak unsur-unsur riba, gharar dan maisir
| • Bebas dari unsur riba, gharar dan maisir
|
• Tiada Majlis Pengawasan Syariah
| • Adanya Majlis Pengawasan Syariah
|
• Keuntungan diagihkan mengikut keputusan syarikat
| • Keuntungan dikongsi bersama di antara pengendali takaful dan peserta berdasarkan Mudharabah
|
Pengendali-pengendali Takaful di Malaysia
Sehingga Disember 2005
• Syarikat Takaful Malaysia Berhad
• Takaful Nasional Sdn Berhad
• Takaful Ikhlas Sdn Bhd
• Maybank Takaful Berhad
• Commerce Takaful Berhad
Januari 2006
• HSBC Insurance, Jerneh dan KWSP (HSBC Amanah Takaful)
• Hong Leong Bank, Hong Leong Assurance dan Millea Asia (Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad)
• BSN dan Prudential Holding Limited (Prudential BSN Takaful Berhad)
• MAA Holding dan Solidarity Bahrain (MAA Takaful Berhad)
- ANUGERAH KLIFF 2011 ( Forum Kewangan Islamic Kuala Lumpur)
- BUAT TAHUN KE-3 BERTURUT-TURUT 2009,2010 & 2011[ii]
[i] Islamic Banking and Finance Institute Malaysia. 2009. Buku Panduan Asas Takaful. IBFIM : Kuala Lumpur
[ii] Harian Metro, 6 10 2011 (Khamis).
No comments:
Post a Comment