Friday, June 15, 2012
USTAZ AZHAR IDRUS
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.
Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
Boleh tengok video ceramah kat bawah ni yang diambil dari salah satu kuliah beliau, Ustaz Azhar Idrus cerita sendiri sejarah dan riwayat hidupnya: Lampiran:S: Saya masih muda, mana patut saya pilih dulu, haji atau kahwin? Ust:Kalo kamu tengok tiang lampu nampak macam awek, wajib kahwen dulu.S: Selepas dengar ceramah ustaz malam ini apa patut dibuat? Ust: Balik rumah makan nasi la, tanya aku plak, mana aku tau.S: Ular dan Kala jengking sunat dibunuh, boleh ustaz terangkan tentang haiwan ini? Ust: Buka channel Astro "Animal Planet". Aku bukan pakar hewan.S: Apa hukum besarkan payudara? Ust: Adoi macam-macam, guna bahan kekal seperti silikon haram, tp dgn cara bersenam, nak besar mana pon boleh..S: Bolehkah bergambar bersama dengan makwe? Ust: Boleh jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk ditengah-tengah.S: Apa hukum asyik teringat kekasih lama? Ust: Ini soal hati, x berdosa,sedangkan selipar jepun yang hilang pon kita teringat2S: Ketika berwudhu' saya selalu terasa nak terkentut,Tolong saya ust.. Ust: Nak kentut pon mintak tolong aku..Kentut kena tahan sendirilah.S: Betul ke ustaz kata pakai tudung tu xwajib? Ust: Betul, boleh tutup rambut pakai baldi asalkan x nampak..tapi tebuk sikit lubang untuk mata..S: Dimana ustaz beli kopiah? Ust: Mentang2 boleh tanya soalan, itupon tanya, nasib baik xtanya kat mana aku beli underware..
Monday, June 11, 2012
MEMOHON SUMBANGAN DERMA
Friday, October 28, 2011
MENGAPA PERLU TAKAFUL
by : Bassri Adam
Takaful merupakan perancangan kewangan berasaskan kepada persaudaraan rasa saling tanggungjawab dan saling berkerjasama dikalangan peserta . Falsafah takaful menekankan kepada keikhlasan dan dibawah konsep ini para peserta memberi sumbangan kewangan berdasarkan kepada “tabarru” yang mana para peserta bersetuju agar sumbangan yang diberikan digunakan untuk membantu para peserta di kala berlaku musibah kewangan (kematian/kemalangan/perubatan) didalam pelan takaful yang disertainya. Prinsip saling berkerjasama atau tolong menolong antara satu sama lain sangat digalakan seperti firman Allah S.W.T. “ tolong –menolonglah kamu dalam perkara kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam perkara yang menimbulkan permusuhan “ (surah Al-Maidah ;2)
Kita juga sangat dituntut untuk menjamin dan menjaga keselamatan keluarga kita dari apa jua bentuk musibah seperti kerosakan harta benda , kos perubatan dan kehilangan punca kewangan.
Sabda Rasullah S.A.W. Maksudnya “ Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keamanan (keselamatan dan perlindungan) terhadap harta dan jiwa raga manusia “ (Riwayat Ibnu Majah)
Kita mesti memberi penekanan terhadap perancangan dalam hidup, sentiasa bermuhasabah atas amalan yang telah dilakukan dan sekiranya mati, adakah amalan tersebut dapat membantu kita kelak. Berfikir hingga ke persoalan harta pusaka yang bakal ditinggalkan yang semasa hidup semua kebajikan waris kita jaga seperti makan minum ,pakaian ,persekolahan dan lain lain dengan sempurna . Kita juga harus merancang kebajikan waris, jika kita meninggal sekarang, apatah lagi semasa anak anak masih bergantung pada kita. Kebajikan mereka harus terus terjamin.
Mempunyai simpanan diinstitusi kewangan yang banyak belum mencukupi sebagai persediaan jika musibah berlaku pada ketua keluarga.Bagaimana perancangan pembahgian dan cara dibahagian itu juga sangat penting disediakan,agar harta pusaka itu dapat segera dibahagikan. Disini lah kita perlu memikirkan tentangan skim takaful, kerana dengan menyumbang sedikit caruman kita sudah menyediakan tabung kewangan yang lebih kurang 95% dari apa yang kita sumbang.
Contoh , peserta berumur 30 tahun,menyumbang Rm100 sebulan, kita sudah membentuk tabung kewangan takaful, jika musibah berlaku (kematian atau hilang upaya kekal) bantuan takaful yang diberi lebih kurang Rm70,000.00.akan diberi kepada waris tersebut dengan segera. Bagaimanakah sumbangan Rm100 boleh membentuk tabung Rm70,000.00 . Inilah kerana kerjasama saling membantu antara para peserta yang ramai menyertai skim takaful tadi. Jika kita hendak membentuk tabung musibah sendirian sebanyak Rm70,000.00 akan memakan masa yang sangat lama dan mungkin tidak kesampaian kerana dalam perjalanan hidup itu mungkin ditimpa musibah pula. Oleh yang demikian setiap ketua keluarga terutamanya mesti memiliki skim takaful keluarga sebagai alat perlindungan kehilangan pendapatan .
Setiap ketua keluarga bekerja dan mendapat pendapatan, contoh Rm2000 sebulan. Dia membelanjakan pendapatannya itu untuk dirinya,dan terutama untuk keluarganya seperti makanan-minum,bill letrik,air,talipon,sewa rumah,persekolahan anak,pakaian anak anak,kenderaan dan lain lain. Ini dipanggil tangungjawab ketua keluarga terhadap keluarganya. Tetapi kita mesti ingat bahawa kita bekerja dan dapat pendapatan sebab dikurnia kesihatan oleh Allah dan kita tidak boleh menafikan kesihatan kita tidak terjamin. Kita terdedah kepada pelbagai risiko terutamanya hilang upaya atau meninggal dunia awal dikala keluarga masih bergantung pada kita. Jika musibah ini berlaku maka kita akan hilang daya untuk bekerja dan hilang punca pendapatan.
Cuba bayangkan bertapa kesusahan kewangan yang terpaksa ditanggung oleh waris yang ditinggalkan. Dengan memperuntukan sedikit budgetnya setiap bulan atau tahun, dia sudah dapat membentuk tabung gantian kehilangan pendapatan segera jika berlaku musibah tadi. Masalah berapa banyak tabung pengantian pendapatan yang perlu dibentuk , bergantung kepada berapa banyak pendapatan yang diperolehi dan berapa tahun pendapat perlu dibentuk jika musibah berlaku. Saya pasti konsultant konsultant takaful yang profesyenal boleh membantu memberi khidmat nasihat kepada masyarakat .
SABDA RASULLAH S.A.W. yang bermaksud...”Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada mereka meminta-minta.(Riwayat Bukhari).
TAKAFUL SEBAGAI ALAT MELUNASKAN HUTANG
Takaful juga boleh digunakan sebagai alat melunaskan hutang piutang . Hutang adalah penyebab hidup sengara sama ada di dunia apatah lagi di akhirat. Rasullah s.a.w sendiri menyatakan bahawa orang yang mati syahid tidak akan masuk syurga sekiranya semasa hidupnya ada berhutang dan hutangnya tidak sempat di jelaskan.
‘” Jiwa seorang mukmin itu disangkutkan dengan hutangnya sehingga hutangnya dilunaskan” Riwayat Ahmad ,Ibnu Hajar dan Tarmizi)
Merancang pusaka bukan hanya pada orang yang berharta , tetapi penting juga pada orang yang berhutang, kerana apabila seseorang itu mati hutang juga merupakan harta pusakanya yang perlu dijelas oleh warisnya. Dalam kehidupan kita hari ini, sukar sekali kita untuk menghindar dari berhutang. Hutang beli rumah,kereta,komputer,pinjaman pelajaran dan lain lain.
Oleh yang demikian adalah dicadangkan kita mengambil plan takaful sebagai persediaan. Contoh; sekiranya anda ada hutang pada seseorang Rm100,000.00, atau mana mana institusi , adalah dicadangkan mengambil plan polisi takaful Rm100,000.00. dan pesan kepada isteri anda, jika berlaku kematian dikala anda belum sempat melunaskan kesemua hutang, maka isteri anda boleh lah gunakan wang takaful tadi untuk melunaskan hutang tersebut. Jika ada baki setelah tolak hutang bolehlah dibahagikan mengikut faraid atau hibah jika dihibahkan.
TAKAFUL SEBAGAI ALAT PERANCANGAN PUSAKA “HIBAH”
Kita sangat dituntut untuk meningkatkan taraf kehidupan agar kita dapat mengadakan segala keperluan untuk diri kita dan keluarga kita dan juga keperluan masyarakat. Jika kita berupaya menguruskan dan meningkatkan kekayaan kita , kita dapat berzakat setiap tahun. Zakat adalah dituntut dalam islam , sebagai satu cara kita membantu umah yang lain disamping sebagai satu cara membersihkan harta kita. Namun jika kita mempunyai harta yang banyak dan terlalai bagaimana pengurusan harta juga akan mengakibatkan harta termasuk wang tunai,saham-saham dan lain lain tidak dapat dimanafaatkan dengan mudah , malahan waris-waris terpaksa menunggu begitu lama , ada yang bertahun-tahun untuk mendapatkan bahagiannya terhadap harta pusaka tersebut. Dalam perancangan membina kejayaan hidup kita ,kita akan melalui proses proses berikut: MENGUMPULKAN KEKAYAAN—MENGURUS KEKAYAAN—MEWARISKAN KEKAYAAN (PEWARISAN) .
Bermula dengan MENGUMPULKAN KEKAYAAN terutama waktu mula mula bekerja dengan cara menyimpan wang tunai atau memiliki hartanah sedikit demi sedikit , kemudian bijak MENGURUS KEKAYAAN tersebut supaya ianya bertambah/meningkat dari asalnya . Alhamdulilah ramai umat islam hari ini sudah meningkat bilangannya dikategorikan kalangan berada. Namun langkah seterusnya, diwaktu itu kebiasaanya kita sudah dalam lingkungan berumur 50an ,dimana dikira umur-umur bonus yang dikurnia Allah untuk meneruskan kehidupan. Di kala ini , selain ibadah kepada Allah perlu kita memikirkan perkara yang sangat penting iaitu rancangan MEWARISKAN KEKAYAAN(PEWARISAN) kita , iaitu kepada siapa kah kita hendak pewariskan harta kita dan secepat mana dapat diwariskan , terutama WANG TUNAI .
Kita semua tahu dengan tunai banyak masalah dapat diringankan, dengan wang tunai bil letrik, bil air, bil telepon,sewa rumah,bayar kereta,persekolahan anak anak, meneruskan perniagaan, tanpa tunai yang banyak masalah akan timbul. Kita tahu bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia semua harta-hartanya termasuk wang tunai dibank,ASB,tabung haji,saham-saham diBEKUkan ,tidak boleh pindah milik.(akta probet 1959) untuk beberapa lama , ada yang bertahun-tahun, sehingga 5 tahun mungkin lebih dari itu.
Selepas pembekuan, kebiasan orang kita mengambil mudah penyelasai harta pusaka iaitu melalui Hukum Faraid sahaja. Hukum faraid telah ditentukan penerimanya dan pembahagian nya. Hukum Faraid isteri mendapat 1/8 dari harta pusaka arwah suaminya. Contoh, dikala kematian suaminya , arwah suaminya meninggalkan wang tunai Rm1,000,000.00. setelah ditolak ,pengurusan jenazah,bayar hutang si mati,bahagian sepencarian,selesai wasiat jika ada, akan difaraidkan, dimana siisteri dapat 1/8 dari lebihan tadi.
Contoh bakinya ada Rm500,000.00 isteri itu akan dapat Rm62,500.00 sahaja, selebihnya duit itu ada hak orang lain, iaitu hak anak lelakinya,han anak perempuannya,bapa simati,emak simati. Jika dia tiada anak lelaki , bapa saudaranya berhak keatas harta itu. Jika balu itu mengambil semua duit itu, dia telah mengambil hak orang lain, kemungkinan juga harta anak yatim/makan harta anak yatim, walaupun harta anak dia sendiri. Memang sangat difahami si isteri itu memerlukan duit yang banyak kerana selalunya selepas kematian suaminya maka si isterilah yang terpaksa mengambil tanggungjawab untuk mengurus kewangan keluarga yang ditinggalkan. Mungkin juga kewangan diperlukan untuk meneruskan perniagaan keluarga yang telah dibina selama ini.
Bayangkan kalau ‘CASH-FLOW’ tiada selepas kematian si suami, bagaimana susah payahnya perniagaan hendak diteruskan. Mungkin juga berlakukan diantara adik-beradik hubungan tidak baik,membuatkan harta pusaka tadi tidak dapat dibahagikan dengan segera kepada yang sepatutnya . Mungkin juga anak-anaknya semuanya perempuan,dimana kita tahu mengikut faraid ,anak perempuan mendapat bahagian yang kurang dan bapa-bapa saudaranya pula berhak menuntut harta pusaka bapanya itu. Mungkin juga kita ada anak yang kurang upaya,dimana kita perlu memberi lebih kepadanya,sebagai persediaan masa depannya.
Disinilah peranan skim takaful boleh membantu meringankan masalah masalah yang akan dihadapi oleh keluarga yang ditinggalkan ,terutama isteri dan anak-anak ,setidak-tidaknya menyediakan TUNAI segera sementera menantikan harta harta lain dibahagikan mengikut bahagiannya, selalunya harta harta lain ini akan memakan masa yang lama dan proses yang rumit. Adalah disarankan supaya ketua keluarga tadi membentuk harta pusaka wang tunai melalui Skim Takaful dan HIBAH kan kepada isteri,anak-anak atau kepada sesiapa sahaja mengikut peratusan yang di kehendaki dan kemahuannya sendiri. Jika dia hendak menghibahkan kesemua harta pusaka TAKAFUL tadi kepada isterinya sahaja juga boleh dilaksanakan.
HIBAH bermaksud hadiah, iaitu memberi harta atau pun anda hadiahkan harta anda kepada sesiapa yang anda suka dengan syarat anda isytiharkan pemberian itu semasa anda masih hidup. Sebagai contoh, sekiranya tuan punyai sijil takaful bernilai Rm1,000,000.00 dan ingin memberikan faedah takafulnya kepada isterinya seratus peratus jika dia meninggal nanti, maka cara yang terbaik ialah dengan membuat Surat Pengisytiharan Hibah dan mesti didokumentasikan agar ia menjadi bukti yang sah dan kuat apabila berlaku kematian pada pemengang polisi , isterinya berhak menerima kesemua faedah takaful tadi berjumlah Rm1,000,000.00 tanpa perlu di faraidkan . Begitu juga , jika sibapa semasa hidupnya ingin mengambil Skim Takaful Rm1,000,000.00 dan Hibah kan kepada 4 orang anaknya,2 lelaki 2 perempuan mengikut peratusan yang dikehendakinya , mungkin 25 % setiap seorang , atau mungkin hendak memberikan 50 % kepada salah seorang anak nya yang kurang upaya sebagai persediaan masa depannya, juga boleh, terpulang kepada niat murninya tadi.
Dan yang paling penting ialah mengambil polisi Takaful dengan jumlah perlindungan Rm1,000,000.00 contoh pada umur 52 tahun, carumannya hanya lebih kurang 3 % peratus sahaja setiap tahun dari jumlah takaful Rm1,000,000.00 yang hendak disediakannya itu. Kelebihan yang utama dalam membentuk Hibah melalui takaful ialah apabila berlaku kematian, jumlah polisi takaful tadi Rm1,000,000.00 tidak dibekukan, maka waris akan dapat segera tunai untuk keluarga meneruskan kehidupan harian.
Pendapat ulama’ terhadap insurans konvensional
Pada 15 Jun 1972, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan bahawa insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans adalah suatu muamalat yang fasid (rosak/tidak sah).
Ianya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam khususnya dari segi akad kerana mengandungi unsur-unsur gharar(ketidakpastian), maisir(judi) dan riba’.[i]
Insurans VS Takaful
INSURANS
| TAKAFUL
|
• Tidak mematuhi hukum syarak
| • Pematuhan kepada hukum syarak
|
• Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad jual beli
| • Kontrak urusniaga berdasarkan akad tabarru’,mudharabah dan wakalah • |
• Banyak unsur-unsur riba, gharar dan maisir
| • Bebas dari unsur riba, gharar dan maisir
|
• Tiada Majlis Pengawasan Syariah
| • Adanya Majlis Pengawasan Syariah
|
• Keuntungan diagihkan mengikut keputusan syarikat
| • Keuntungan dikongsi bersama di antara pengendali takaful dan peserta berdasarkan Mudharabah
|
Pengendali-pengendali Takaful di Malaysia
Sehingga Disember 2005
• Syarikat Takaful Malaysia Berhad
• Takaful Nasional Sdn Berhad
• Takaful Ikhlas Sdn Bhd
• Maybank Takaful Berhad
• Commerce Takaful Berhad
Januari 2006
• HSBC Insurance, Jerneh dan KWSP (HSBC Amanah Takaful)
• Hong Leong Bank, Hong Leong Assurance dan Millea Asia (Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad)
• BSN dan Prudential Holding Limited (Prudential BSN Takaful Berhad)
• MAA Holding dan Solidarity Bahrain (MAA Takaful Berhad)
- ANUGERAH KLIFF 2011 ( Forum Kewangan Islamic Kuala Lumpur)
- BUAT TAHUN KE-3 BERTURUT-TURUT 2009,2010 & 2011[ii]
[i] Islamic Banking and Finance Institute Malaysia. 2009. Buku Panduan Asas Takaful. IBFIM : Kuala Lumpur
[ii] Harian Metro, 6 10 2011 (Khamis).
by Mohd Rashidi Hassan |
Itulah jamuan untuk VIP PAS selepas Menteri Besar Kelantan itu merasmikan Persidangan ICT PAS di Taman Melewar, 22 Oktober lepas. Tok Guru Nik Aziz menjamu selera di bilik khas bersama Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan, Che Abdullah Nawi, Setiausaha Politik, Wan Nik Wan Yussof, Pengerusi Lujnah ICT PAS, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Pengarah Urusetia Penerangan Kedah, Zulkifli Yahya dan Pensyarah Unisel, Profesor Dr Azmudden Ibrahim. |
HAKIKAT LIBYA!
Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!
Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!
Cuba mike tengok apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:
1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!
2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;
3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';
4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;
5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;
6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;
7. Tidak ada bil elektrik di Libya;
8. Pendidikan adalah percumn;
9. Kemudahan perubatan adalah percuma;
10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;
11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;
12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;
13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;
14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.
15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.
16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;
17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);
18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;
19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;
Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!
Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.
Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!
Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.
Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik.
Adios amigos, grasias senor.
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
13 Zul Qaedah 1432
11 Okt 2011
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Kolonel Muammar Muhammad al-Gaddafi[1] (Arab: مُعَمَّر القَذَّافِي Muʿammar al-Qaḏḏāfī audio (bantuan·maklumat)) (lahir 7 Jun 1942) adalah seorang pemimpin politik dan revolusi Libya. Beliau telah menjadi Presiden Libya semenjak menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tak berdarah pada 1969 dan menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya.[2]. Tempoh pemerintahan yang kini hampir mencecah 42 tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah.[3]
Ideologi Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam Buku Hijau. Buku ini disebar ke seluruh dunia secara percuma. Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina. Enam hari selepas Amerika berjaya menangkap Saddam Hussein , Gaddafi berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD. Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS, Condoleezza Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik AS-Libya.
Pada awal Februari 2011, bantahan politik besar, yang didorong bantahan di Tunisia, Mesir dan bahagian lain dunia Arab, meletus di Libya menentang kerajaan Gaddafi dan dengan cepat bertukar menjadi perang saudara. Gaddafi berikrar "mati syahid" jika perlu dalam perjuangannya menentang pemberontak dan kuasa luar, menyatakan yang mereka yang memberontak terhadap kerajaannya berhak mati.[4][5][6] Pada 17 Mei 2011 Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab jenayah terhadap kemanusiaan;[7] pada 27 Jun, pernohonan ini diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknya Saif al-Islam.[8][9]
Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh pemberontak tetapi beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri.
Gaddafi adalah anak bongsu dalam keluarga petani di padang pasir kering kontang di Oasis Hun, Sirte. Beliau keturunan suku Arab Badwi [Berber]] , Qadhadhfa. Datuknya, Abdessalam Bouminyar dikatakan mati syahid ketika menentang penjajahan Itali ke atas Libya di Khoms pada 1911.
Menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961. Gaddafi begitu kecewa apabila dunia Arab / Palestin kalah kepada Israel dalam perang 1948.
Pada akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini adalah Gamal Abdel Nasser, Presiden Mesir yang telah menjatuhkan kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.
Kemudian, Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya yang pro Barat. Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus Britsih (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.
Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan di Turki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikan tahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai "Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi."
Tidak seperti pemimpin diktator tentera yang lain, Gaddafi mendakwa dirinya sebagai putera mahkota atau mendakwa sebagai pemimpin tentera yang memonopoli kuasa politik. Sebaliknya, beliau hanya kekal sebagai kolonel dan pangkat itu kekal hingga ke hari ini. Gaddafi sering melaungkan Libya "diperintah oleh rakyat" .Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser kekal sebagai kolonel selepas merampas kuasa manakala Jerry Rawlings, bekas Presiden Ghana, tidak memegang pangkat tentera tinggi daripada leftenan udara.
Sementara di Republik El Salvador yang diperintahkan oleh Leftenan Colonel Oscar Osorio (1950 - 1956); Leftenan Kolonel José Marísatu Lemus (1956 -1960) dan Leftenan Kolonel Julio Adalberto Rivera (1962 - 1967).
Rejim tentera Gaddafi memiliki campuran semangat kebangsaan Arab , nasionalisme dan sosialisme berteraskan Islam. Gaddafi memanggil negara Libya sebagai negara kebajikan dengan sistem pemerintahan secara "langsung, popular demokrasi" dan lebih sesuai dikenali sebagai "Sosialisme Islam" . Libya kini membenarkan ekonomi dikawal oleh syarikat-syarikat kecil dengan kawalan minimum daripada kerajaan.
Gaddafi juga memmperkenalkan sistem moral Islam yang melarang minuman alkohol dan berjudi di kalangan rakyatnya. Falsafah politik beliau direncakan dalam sebuah buku rasmi Libya yang dinamakan 'Buku Hijau'. Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979.
Bagaimanapun, dalam praktik pemerintahan , sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis sebagaimana sepatutnya. Ini kerana Presiden Gaddafi berhadapan dengan kekangan dalam negeri dan terpaksa berhadapan dengan tekanan antarabangsa.
Jawatankuasa Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh. Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara. Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh di Itali.
Sunday, December 6, 2009
assignment.....
minat betol aku nak wat isu-isu politik dunia... =)
Wednesday, August 12, 2009
langkawi...
watever pun, dlm seronok2 tuh pasti ada yg x srnoknye...tp, yg x srnok tuh, biarlah kami org2 tertentu jer yg tau..haha...bukan nak tutup trus paip air (sbb kalo cincang x putus punye), tp, just anggap jer x penah guna paip tuh..haha..bermadah plak erk...
nak citer pe lg erk? just da mcm diary dah blog ni..hehe...